Social Icons

Tuesday, April 26, 2016

KARYA SULUNG ALUMNI AL-AMIN: BAHAGIA BUKAN GEMBIRA



BAHAGIA BUKAN GEMBIRA
=======================
Adakah orang yang punya banyak masa lapang lebih bahagia daripada orang yang sibuk? Adakah orang yang ekstra pandai lebih bahagia daripada orang yang kurang pandai? Atau... sebaliknya?
Bahagia bukan cara bergantung pada apa yang kita punya, namun dengan kompilasi ini, terbukti bahawa ada bahagia yang jauh tersembunyi dan ia sering kali ada pada saat kita memberi dengan sebanyak-banyaknya!
===================================================
"Dengan kisah kehidupan sahabat saya ini, semoga kita terinspirasi untuk memberi lagi dan lagi" - Wardina Safiyyah Fadlullah, Selebriti.
"Anekdot di dalam buku ini dapat mencungkil sudut kemanusiaan dan juga makna kehidupan bagi mereka yang sedang mencari-cari panduan dan pencerahan" - Dr. Maszlee Malik, Pensyarah Jabatan Ilmu Wahyu dan Ilmu Kemanusiaan, UIAM.
"Kak Anfaal yang saya kenali, sentiasa bertanya khabar dan tidak pernah lokek memberi masa untuk mendengar luahan hati saya" - Farwina Faroque, Presiden Muslimah Interest Zone And Networking Association (MIZAN).
===================================================
Apa tunggu lagi? Dapatkan buku BAHAGIA BUKAN GEMBIRA sekarang! Stok adalah terhad!!! Hubungi kami di 03-4105 3703 untuk tempahan.
*RM5 dari setiap pembelian buku akan disumbangkan ke Tabung Pembangunan Kompleks Pendidikan Al-Amin. Jom membeli sambil menyumbang. Semoga Allah merahmati sumbangan anda.


wink emoticon

LOGO RASMI KARNIVAL 30 TAHUN PPAA

Sekalung Tahniah & Penghargaan kepada peserta-peserta yang telah menyertai Pertandingan Rekacipta Logo & Tema bersempena Karnival 30 Tahun Pusat Pendidikan Al-Amin.
Dengan ini diumumkan pemenang bagi pertandingan ini:
1. En Zakariya Ridzwan
2. En Ammar Ahmad Raji
3. Puan Hasnah Mohd Akil
4. Puan Siti Suhana Isahak
5. Saudara Ahmad Khairul Haaziq b. Abd Latif
Tahniah diucapkan sekali lagi kepada para pemenang. Hadiah akan diberikan semasa upacara Majlis Perasmian Pembukaan Karnival 30 Tahun Pusat Pendidikan Al-Amin pada 6 Ogos 2016.

Monday, April 4, 2016

PROJEK KELESTARIAN ALAM AL-AMIN 2016 (PKAA 2016)

PROJEK KELESTARIAN ALAM AL-AMIN 2016 (PKAA 2016) merupakan pertandingan yang dianjurkan untuk menyebarluaskan kesedaran mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dalam kalangan warga Pusat Pendidikan Al-Amin. Di samping itu, ia juga bertujuan mewujudkan cadangan praktikal mengenai cara-cara penjagaan alam sekitar yang boleh diaplikasikan di sekolah-sekolah.


Pertandingan ini terbuka kepada semua guru dan pelajar PPAA ; Pra Sekolah, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.

Jom kita bersama-sama melestarikan Al-Amin dengan menyertai pertandingan ini!

Maklumat lanjut berkenaan PKAA 2016 & syarat pertandingan boleh dimuat turun daripada borang penyertaan seperti link berikut :

* Borang Penyertaan perlu dihantar sebelum atau pada 15 April 2016
* Tarikh Tutup Penyertaan: 15 Julai 2016

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi;

Sekretariat PKAA 2016
JK Karnival 30 Tahun Al-Amin
No. 271-A, Jalan Bandar 11,
Taman Melawati, 53100 KL.
Tel: 03-4105 3703 | Faks: 03-4106 7552

 

HUBUNGI KAMI

Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di;

JK Karnival 30 Tahun Al-Amin
No 271-A, Jalan Bandar 11, 53100 Taman Melawati, W.P. Kuala Lumpur
Telefon: 03-4105 3703| Faks: 03-4106 7552
Email: karnival30tahunppaa@gmail.com


DI URUSKAN OLEH

Al Amin Edu Oasis Sdn Bhd
No 271-A, Jalan Bandar 11,
53100, Taman Melawati,
W.P. Kuala Lumpur
No Telefon: 03-4105 3703
Email: eduoasis2013@gmail.com
 
Blogger Templates